Saturday, 30 July 2011

Ramadhan kembali lagi..

Cepat benar masa berlalu pergi meninggalkan waktu. Aku tetap disini.. mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Setiap saat, segala harapan yang ku bina mula melebur, satu demi satu harapan ku musnah, hilang ditelan zaman. Kini ramadhan kembali lagi.. kehadirannya ku sambut sayu. Tiada kegembiraan seperti mana tahun-tahun yang lalu. Masih bersinarkah ramadhan ku kali ini? atau akan terus malam sebagaimana malap dan kaburnya hidup ku.
Suatu ketika dahulu, kehadiran ramadhan begitu bermakna dalam hidup ku tapi tidak lagi hari ini. Mungkin juga aku sudah mula meningkat dewasa. Fikiran ku mula menerawang mencari sesuatu yang aku tidak pernah pasti. Putaran kipas kamar meleka kan ku. Sorang demi sorang muka adik beradik ku bermain di kanta pandangan ku. Jauh benar terpisahnya keluarga ku menyambut ramadhan. Sayu hati ini mengenangkan kegembiraan suatu ketika dahulu.. Bermaknakah ramadhan kali ini buat kak yong? pasti kesedihan menyelubungi segenap perasaanya. Dia lah ibu dan dia juga lah ayah. Suami yang nun di perantauan mencari rezeki untuk sesuap nasi anak-anak yang semakin membesar. Aku yakin si kecil masih belum mampu untuk memahami erti kehidupan. 
Aku mengaharapkan Ramadhan kali ini penuh bermakna.. aku mengharapkan sinar ramadhan kali ini mampu menerangi hidup ku yang semakin kabur di telan kedewasaan.
 

Wednesday, 27 July 2011

mimpi...

seperti biasa.. tidur lewat dah mmg rutin hidup aku.. kadang aku sendiri tak perasaan waktu bila aku terlelap. Sebangun je dari tidur, aku termenung, kenapa aku mimpi beliau? rindu sangat ka pada Z sedangkan x sampai seminggu kami berpisah. Seingat aku, mimpi tu aku memanggil-manggil nama Z yang semakin menjauhkan diri dari aku. Apa petandanya? Aku blur.. ni la yang paling aku takutkan.. perpisahan.. arghhhh...

Tuhan masih menduga aku.. aku tidak tahu sampai bila dugaan ini akan terus membelenggu aku..
tapi org kata setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya..
Ya Allah.. KAU berilah aku kekuatan agar dapat ku harungi setiap dugaan MU..

Saturday, 23 July 2011

Mengharap..

Disini mengharap.. disana menanti..
Aku buntu dlm membuat pilihan.. walaupun disini aku tidak memberi harapan tapi jauh disudut hati ku mula lahir perasaan yang aku sendiri tidak pasti..
Disana aku memberi harapan.. harapan yang aku sendiri tidak duga. Ia hadir tika aku amat memerlukan teman di sisi. Semua ungkapan yg keluar dari mulut ku, aku sendiri masih ragu-ragu.. kehadirannya begitu pantas dengan memerlukan jawapan yang aku sendri tidak yakin. Aku tidak tahu bagaimana untuk ku terangkan kedudukannya yang sebenar. Mungkin beliau lebih dengan mereka yang lebih sempurna dari aku. Maafkan aku.. aku akan cuba cari waktu yang sesuai untuk terangkan kedudukan kita yang sebenar.
Kepada yang di sini.. aku hargai harapan mu pada ku.. tapi aku masih belum yakin.. perjalanan aku masih jauh... biar waktu menjawab segala persoalan kita..

Saturday, 16 July 2011

Dia milik siapa?

Hampir 3 bulan aku meninggalkan beliau. Sebelum perpisahan kami, kami antara kumpulan yg banyak terikat dengan jawatan. Tika itu, ada yg berkerut muka, ada cool tapi masalah penuh, ada yg langsung tak amik port, namun kami tetap rapat dengan beralaskan islam suci.
Akhirnya aku terima kenyataan yang aku terpaksa meninggalkan mereka walaupun hati ku berat. Berat meninggalkan teman-teman, berat juga meninggalkan raut wajah bersih yang sering menjadi penenang ku. Kulitnya yang merah kekuningan, sentiasa mengekalkan ciri keislaman walau sukar mcm mana sekali pun keadaan. Aku tidak pernah melafaskan dihadapannya namun teman-teman yang lain tahu akan isi hati ku. Mungkin juga beliau perasan. Aku hentikan segala harapan ku, ku pinggirkan isi hati ku kerana saat itu aku yakin beliau bukan milik ku.
Aku bersyukur, walaupun hampir 3 bulan aku kehilangan khabar beritanya, akhirnya tertera namanya di screen telefon bimbit. Tika itu, aku dpt rasakan yg hatinya kesayuan. Suatu ketika dahulu, kami sering berkongsi gembira dan duka. Aku teliti mendengar setiap patah bicara nya. BAru ku tahu yang hati dilanda kesayuan. Lokasi ku yang jauh, aku hanya mampu beri kata-kata semangat. Aku paham benar perasaannnya, perlukan tempat untuk mengadu.
Mendengar suaranya tenggelam timbul, aku cuba mendengar sebaik mungkin supaya tidak alpa walaupun satu perkataan. Aku tidak rindu tapi aku kasihkan keayuan islamnya dan aku sayangkan keihlasan dan kelembutan hatinya.. Tidak mungkin aku dapat memilikinya!

Saturday, 2 July 2011

Berakhirnya sebuah persahabatan

Aku yakin suatu hari nanti pasti kebenaran terbukti jua. Sedalam-dalamnya aku befikir.. aku temui jalan buntu. Namun aku harus memilih satu jalan. Biarlah hari ini aku mengundurkan diri demi menjaga hati banyak pihak. Demi teman-teman, aku tidak kisah walau parut mula menghiasi hati ini. Terima kasih kepada beliau kerana mengakhiri dan membuatkan sebuah persahabatan tergadai.
Buat teman-teman.. maafkan aku kerana terpaksa menolak perlawaan kamu semua. Bukan niat untuk memusnahkan persahabatan kita tapi biarlah aku membawa diri. aku yakin suatu hari nanti kita akan bersatu lagi. waktu itu pasti segala persoalan dan kebenaran akan terjawab. Terima kasih kerana mewarnai hidup ku. Kenangan kegilaan kita pasti menjadi ingatan. Walaupun aku berjauhan dengan korang, tapi aku mengharapkan kejayaan korang smue. Hanya takdir menentukan..
Aku kini menghitung hari. Satu kehidupan baru sedang menanti ketibaan ku. aku mengharapkan kebahagiaan terjamin disana. Sekali lagi aku akan meninggalkan teratak usang ini, juga raut wajah kedua orang tua ku. Aku harus bersedia utk memulakan langkahan baru. cabaran disana harus ku sediakan segala perisai. Semoga Allah sentiasa mengejutkan aku dari kealpaan dunia.
 

Thursday, 23 June 2011

liku-liku hidup

kata ayuni :
hidup ni anugerah Allah s.w.t. yg perlu kita hargai n jaga dgn baik. dlm hidup ada banyaakkk ujian.. dan sesungguhnya Allah s.w.t x kan menguji hambanya yg diyakini tidak mampu utk melaluinya..
Bagaimana ngan kehidupan aku? ujian dan dugaan terlalu banyak berbanding dgn kegembiraan. Pada siapa lagi aku ingin luah kan. cuba aku luahkan pada amir, langsung tidak terbela. sifatnya, beliau lagi suka bercerita tentang hidupnya tp sukar menerima apa yg dilalui oleh pendengarnya. ceritalah ape pn pasti responnye membuatkan kita tidak berpuas hati. apa tidaknye.. kita bercerita masalah kita untuk mengurangkan bertapa beratnye beban di bahu tapi bercerita pada beliau seperti menghembus nafas lelah. berat beban di bahu masih di takuk yang sama. itu lah beliau yg masih dgn hidupnya.

cuba aku ceritakan pada sorang ni.. bila call. niat hati nk berkongsi masalah, tapi blom sempat nk bercerita, bagai peluru senapang ceritanye terkeluar. aku hanya mendengar dan nasihat mana yg patot. kadangkala aku terpikir, kenapa aku boleh nasihatkan org tp kenapa aku x boleh nasihatkan diri aku sendri.

org kate, x baik putus asa dgn hidup sebab itu satu ujian allah.
tapi ujian yg aku terima terlalu rumit. Awalnya diberi sgala harapan, kita gembira dgn khabaran gembiranya tapi kita kecundang di tengah penceritaan. bagaimana nk capai kebahagiaan di penghujungnya sedangkan kegagalan dipertengahan. bukan kah itu satu siksaan?
hidup ni terlalu rumit.
pada siapa aku ingin mengadu nasib? siapa yg mampu mengubah nasib aku? aku sedar, tiada siapa yg dpt membantu mengubah nasib melainkan kita sendri kene ubah nasib diri. tapi bagai mana lagi? dimana jalannya? terlalu bersimpang siul. semangat yang ada tidak akan bertambah kalau setiap usaha yang dilakukan masih kabur hasilnya.

Begitu sukar meniti kehidupan. kadang kala menyesal dilahirkan ke dunia. Jadi seorang kurang pandai, lemah dari pelbagai sudut. miskin dalam segala hal. cemburu melihat kelebihan dan keistimewaan org lain sedangkan aku cuba melonjak bangun tapi akhirnya gagal. Dimana jati diri aku? hilangnya entah kemana..
 

Wednesday, 8 June 2011

salah siapa?

Aku dah tak tahu mcm mana nk mula cerita ni. Tak Complicated tp penuh tanda tanya.. masalah ni antara keluarga aku dan keluarga Nurdia. Sampai kini, aku masih tertanya apa punca semua ini terjadi. Persahabatan kami dari bangku sekolah rendah mendapat halangan dari keluarga Nurdia. kami tak de niat bahkan tak de hati nak bercinta.. kami hanya kawan. Tak penah ada sekuman harapan pun utk bersamanya.. kami hanya kawan baik.
Kadang kala aku hairan.. mengapa dan kenapa jadi begini. puas ku persoalkan pada mak.. mak mati-matian mengatakan tidak tahu. Begitu juga dengan Nurdia. jawapannye serupa.. Tidak tahu. Mak ade jugak cerita sikit-sikit. hal tanah, hal barang buat rumah.. ehh mak cakap itu bukan isu besar.. tika itu penuh dengan gurauan. Tiada pertegangan urat. Setelah mendengar cerita mak, aku juga merasakan itu bukan satu point untuk hubungan persahabatan kami di halang. Aku tidak sama ada mak bercakap benar atau sekadar bermanis mulut. Keterangan dari mak aku congkel sikit-sikit. Namun dari dulu sampai saat ini, penceritaannye tidak ada yang berubah. Aku cuba bertanyakan pada Nurdia. apa salah persahabtan kita ni.. Nurdia juga tidak tahu.. Atau Nurdia malu untuk bercerita? Aku yakin Nurdia sengaja menyembunyikan sesuatu. Pokok tidak akan bergoyang kalau tiada angin.
Sekali lagi aku terasa hati..
 "Amir, mak aku jemput ko dtg time kenduri pertunangan abg aku, mak aku nk upah ko amik gambar bertunang. mak aku nk ko sorang je yang datang.". Nurdia senyum sinis.
"Hamdan?", amir masih tidak berpuas hati dan aku juga 
"Ko paham-paham je la masalah kami berdua amir". Aku sepi. macam di tikam-tikam jiwa aku ni. apa salah aku? apa yang telah aku lakukan sampai begini ibunya ingin menghalang persahabatan kami. Besar sangat kah dosa yang aku lakukan sehinggakan kami terpaksa menggadai persahabtan kami? sedangkan aku langsung tak tahu menahu tentang hal yang berlaku. kalau ye pun aku lakukan kesalahan, Nurdia masih berkawan ngan aku, masih keluar bertiga. tapi bila di soalkan kisah itu, tiada sebarang jawapan. 
Aku buntu.. aku tak mampu pikir  kesalahan yang TIDAK aku lakukan.. kalau ye aku melakukan kesalahan, apa salahnye beritahu, sekurang-kurangnye aku boleh perbaiki kekurangan aku.. hah buntu..
Adakah sebab anaknye yang berpendidikan tinggi?

Kata mak, tarik diri. bawa diri ke tempat yang lagi selesa.. tapi mak.. kami kawan dari skolah tadika mak, tadika bersama sekolah rendah sama-sama, sekolah menengah sama-sama sampai la kami form6. Tapi knp hal ni timbul? Adik boleh tarik diri, adik boleh bawa diri adik, tapi sebelum tu, adik cuma inginkan penjelasan knp persahabtan kami diperjudikan??
Persoalan demi Persoalan.. dimana kebenarannya?

 
Hanya bersahabat..
tiada perasaan yang timbul
tapi kenapa dan mengapa persahabatan ini ditentang?