Saturday, 16 July 2011

Dia milik siapa?

Hampir 3 bulan aku meninggalkan beliau. Sebelum perpisahan kami, kami antara kumpulan yg banyak terikat dengan jawatan. Tika itu, ada yg berkerut muka, ada cool tapi masalah penuh, ada yg langsung tak amik port, namun kami tetap rapat dengan beralaskan islam suci.
Akhirnya aku terima kenyataan yang aku terpaksa meninggalkan mereka walaupun hati ku berat. Berat meninggalkan teman-teman, berat juga meninggalkan raut wajah bersih yang sering menjadi penenang ku. Kulitnya yang merah kekuningan, sentiasa mengekalkan ciri keislaman walau sukar mcm mana sekali pun keadaan. Aku tidak pernah melafaskan dihadapannya namun teman-teman yang lain tahu akan isi hati ku. Mungkin juga beliau perasan. Aku hentikan segala harapan ku, ku pinggirkan isi hati ku kerana saat itu aku yakin beliau bukan milik ku.
Aku bersyukur, walaupun hampir 3 bulan aku kehilangan khabar beritanya, akhirnya tertera namanya di screen telefon bimbit. Tika itu, aku dpt rasakan yg hatinya kesayuan. Suatu ketika dahulu, kami sering berkongsi gembira dan duka. Aku teliti mendengar setiap patah bicara nya. BAru ku tahu yang hati dilanda kesayuan. Lokasi ku yang jauh, aku hanya mampu beri kata-kata semangat. Aku paham benar perasaannnya, perlukan tempat untuk mengadu.
Mendengar suaranya tenggelam timbul, aku cuba mendengar sebaik mungkin supaya tidak alpa walaupun satu perkataan. Aku tidak rindu tapi aku kasihkan keayuan islamnya dan aku sayangkan keihlasan dan kelembutan hatinya.. Tidak mungkin aku dapat memilikinya!

No comments:

Post a Comment