hidup ni anugerah Allah s.w.t. yg perlu kita hargai n jaga dgn baik. dlm hidup ada banyaakkk ujian.. dan sesungguhnya Allah s.w.t x kan menguji hambanya yg diyakini tidak mampu utk melaluinya..Bagaimana ngan kehidupan aku? ujian dan dugaan terlalu banyak berbanding dgn kegembiraan. Pada siapa lagi aku ingin luah kan. cuba aku luahkan pada amir, langsung tidak terbela. sifatnya, beliau lagi suka bercerita tentang hidupnya tp sukar menerima apa yg dilalui oleh pendengarnya. ceritalah ape pn pasti responnye membuatkan kita tidak berpuas hati. apa tidaknye.. kita bercerita masalah kita untuk mengurangkan bertapa beratnye beban di bahu tapi bercerita pada beliau seperti menghembus nafas lelah. berat beban di bahu masih di takuk yang sama. itu lah beliau yg masih dgn hidupnya.
cuba aku ceritakan pada sorang ni.. bila call. niat hati nk berkongsi masalah, tapi blom sempat nk bercerita, bagai peluru senapang ceritanye terkeluar. aku hanya mendengar dan nasihat mana yg patot. kadangkala aku terpikir, kenapa aku boleh nasihatkan org tp kenapa aku x boleh nasihatkan diri aku sendri.
org kate, x baik putus asa dgn hidup sebab itu satu ujian allah.
tapi ujian yg aku terima terlalu rumit. Awalnya diberi sgala harapan, kita gembira dgn khabaran gembiranya tapi kita kecundang di tengah penceritaan. bagaimana nk capai kebahagiaan di penghujungnya sedangkan kegagalan dipertengahan. bukan kah itu satu siksaan?
hidup ni terlalu rumit.
pada siapa aku ingin mengadu nasib? siapa yg mampu mengubah nasib aku? aku sedar, tiada siapa yg dpt membantu mengubah nasib melainkan kita sendri kene ubah nasib diri. tapi bagai mana lagi? dimana jalannya? terlalu bersimpang siul. semangat yang ada tidak akan bertambah kalau setiap usaha yang dilakukan masih kabur hasilnya.
Begitu sukar meniti kehidupan. kadang kala menyesal dilahirkan ke dunia. Jadi seorang kurang pandai, lemah dari pelbagai sudut. miskin dalam segala hal. cemburu melihat kelebihan dan keistimewaan org lain sedangkan aku cuba melonjak bangun tapi akhirnya gagal. Dimana jati diri aku? hilangnya entah kemana..
No comments:
Post a Comment