Saturday, 2 July 2011

Berakhirnya sebuah persahabatan

Aku yakin suatu hari nanti pasti kebenaran terbukti jua. Sedalam-dalamnya aku befikir.. aku temui jalan buntu. Namun aku harus memilih satu jalan. Biarlah hari ini aku mengundurkan diri demi menjaga hati banyak pihak. Demi teman-teman, aku tidak kisah walau parut mula menghiasi hati ini. Terima kasih kepada beliau kerana mengakhiri dan membuatkan sebuah persahabatan tergadai.
Buat teman-teman.. maafkan aku kerana terpaksa menolak perlawaan kamu semua. Bukan niat untuk memusnahkan persahabatan kita tapi biarlah aku membawa diri. aku yakin suatu hari nanti kita akan bersatu lagi. waktu itu pasti segala persoalan dan kebenaran akan terjawab. Terima kasih kerana mewarnai hidup ku. Kenangan kegilaan kita pasti menjadi ingatan. Walaupun aku berjauhan dengan korang, tapi aku mengharapkan kejayaan korang smue. Hanya takdir menentukan..
Aku kini menghitung hari. Satu kehidupan baru sedang menanti ketibaan ku. aku mengharapkan kebahagiaan terjamin disana. Sekali lagi aku akan meninggalkan teratak usang ini, juga raut wajah kedua orang tua ku. Aku harus bersedia utk memulakan langkahan baru. cabaran disana harus ku sediakan segala perisai. Semoga Allah sentiasa mengejutkan aku dari kealpaan dunia.
 

No comments:

Post a Comment