Sunday, 21 August 2011

Muncul lah...

Wahai adik ku insan yang teramat kurindui.. hari ini hari yang kedua aku kehilangan jejak mu. Jiwa abg sentiasa resah memikir kamu disana. Setiap saat abg sentiasa menanti hadirnya khabar berita dari mu namun setiap saat itu juga abg hampa. Fikiran abg sentiasa menerawang memikir segala kemungkinan. Abg tahu salah abg kerana menabur baja kerinduan tanpa adik mengerti dan memahami isi hati abg tapi abg tidak mampu melawan kehendak perasaan hati abg. Pernah abg terfikir tidak ada penghujungnya perasaan ini tapi kasih dan sayang yang mula subur di pancar sinar rembulan abg terpaksa akur dengan ketentuan ilahi dan abg juga harus bersedia dengan dugaan yang bakal merobek hati kecil abg.
Dimana kah kamu hari ini? setiap saat abg tidak henti-henti memerhatikan screen telefon bimbit abg dan abg juga sentiasa peka agar abg tidak terlepas dari setiap panggilan masuk dari mu tapi penantian abg sehingga hari ini masih tidak menemui hasil nya. Adik.. muncul lah.. abg terlalu merindui kamu.
Wahai adik ku nun jauh di sana.. diamnya abg di sini, bukan lah bermakna abg terus mendiam kan diri, tapi diamnya abg dengan segumpal pemikiran dibenak dan hati kecil abg. Abg akur dengan kehendak hati abg dan abg terfikir hanya kamu yang mampu menggegarkan keegoan yang setelah lama berdiri Gah dlm diri abg. Abg sendiri tidak percaya dengan hati dan perasaan abg, dengan mu abg seperti dipukau dengan manja dan kasih. Abg terlalu rindukan manja mu, Abg terlalu rindukan rengekan mu abg juga terlalu rindukan amarah mu..

Muncul lah sayang...

No comments:

Post a Comment