Setelah sekian lama kami berhubung malalui fon. Hanya berstatus abg dan adik angkat. Egonyer saling x tumpah sepermana Ego aku suatu ketika dahulu. Melentingnya dan amarahnya aku ketepikan. Aku tidak tahu mengapa aku tidak pedulikan setiap amarah dan melentingnya.. aku tetap menyapa baik dengan penuh kasih sayang yang tiada brbelah bahagi.
Demi sayang kepada adik yang sedia maklum terjalinnya, secara kebetulan aku dipinta oleh akak ku utk membantunya. Aku sebagai adik ingin kan yang terbaik untuk keluarga ku dan aku pasti akan membatu walaupun ia memakan diri ku kembali. Dengan rezeki allah juga, aku diketemukan dengan nya. Janjinya agar ku tepati masa.. seperti yang dijanji kan aku tiba lebih 15 minit dari yg dijanji kan iaitu 8.15 am. Aku yakin dia mengerti mengenai perjalanan ku yang jauh dari manjung ke seri damansara.
Aku tidak tahu, mengapa aku begitu tekad untuk bertemunya walaupun aku terpaksa keluar awal yang ketika itu orang lain masih diulik mimpi. Pabila kerata yang ku pandu memasuki perkarangan rumah kakak ku, aku pantas menghubunginya. Terkejut beliau dengan waktu yang ku turuti. Katanya perlukan masa untuk bersiap. Saat itu aku tidak kisah berapa lama masa yang ingin diambil nya asalkan janjinya untuk ketemuku ditunaikan.
hampir satu jam aku menanti. Aku mula gelisah. pesanan ringkas ku tidak mendapat sebarang respon, aku kuatir ianya hanya satu permainan dunia.
Aku bersyukur akhirnya dia tiba walaupun dengan penuh rungutan. Aku hanya tersenyum. Perasan ku melonjak bahagia org yang ku tunggu berada dihadapan ku. Kebetulan kakak ku masih di sekolah dan kebetulan juga abg ipar ku yang masih dalam tempoh cuti ingin menguruskan hal di bank. Masa yang ada tidak ku sia-sia kan bersamanya.Manjanya teramat membahagiakan aku. aku tidak menyangka manusia yang dihadapan ku ini yang mempunyai ego setinggi gunung rupa2nya terlalu manja. Hanya perkara penting yang kami bincangkan. Tiada gurauan kerna ku tahu beliau seorang yang teramat serius. Saat bersamanya aku merasakan jiwaku terlalu tenang dan bahagia. Aku juga tidak sanggup untuk berpisah dengannya namun waktu begitu mencemburui kami yang ketika itu beliau mempunyai urusan. Aku terpaksa merelakan pemergiannya walaupun saat itu aku tidak mampu untuk berpisah dengannnya.
Adik, abg ingin adik tahu yang perasaan abg ini bukan lagi menganggap kamu sebagai adik. Abg terlalu menyayangi kamu dik. Sekali lagi jiwa abg diragut yang sewaktu ketika dahulu pernah terjadi. Perasan dengan mu bukan lah seperti perasaan dengan org lain sebelum abg mengenali mu tetapi perasaan ini melebihi dari segalanya. perginya kamu meninggalkan abg saat itu, hanya titisan air mata yang menjadi penawar hati yang ketika itu tidak pernah merelakan pemergian mu. Titisan mutiara jernih ini juga menjadi peneman sehingga lelap abg. Malam ini abg kembali ke kampung halaman abg, saat ini abg telah meninggalkan kamu jauh. Namun jauh disudut hati abg, abg terlalu merindui kamu dik. kini jiwa dan perasaan abg sepenuhnya da pada kamu. jiwa abg kosong dik tanpa kamu, hati abg sayu merindui diri mu. Dalam sedar abg terpaksa menerima hakikat bahawa abg hanya mencipta harapan palsu. Namun percaya lah dik, perasaan dan hati abg masih mengharapkan kamu... Abg rela menanti kamu seratus tahun lagi demi kasih dan sayang yang mula tercipta ini. Maafkan abg dik kerana menaruh perasaan terhadap kamu.Jika diberi peluang, itu yang ingin ku sampai kan padanya.. namun aku tidak mampu dan ku yakin beliau hanya menganggap ku sebagai abg dan kemungkinan besar telah ada peneman hidup.
Malam ini, pandangan ku kosong.... hati ini terlalu sayu.. lagi tersiksa pabila tiada sebarang respon pesanan ringkas ku.. jiwa ku meronta ingin mencari mu dan hidup disisi mu tapi akalku membatasinya! Adik abg teramat rindu kan kamu.. perasaan ini telah lama hilang tetapi kini muncul kembali setelah wujudnya kamu dihadapan abg!
No comments:
Post a Comment