Sunday, 21 August 2011

keputusan ku!

Puaka : 
Aku faham dgn perasan kau hamdan. Kau sendri cakap ko x yakin future dlm hubungan ni. Cuma satu pesan aku, jika ko nk teruskan... teruskan mengharapkan dengan hati yang terbuka, terima lah keputusan beliau seadanya. Jika kau ingin mematikan harapan yg wujud dlm hati ko tu, lebih baik berhenti berharap segera.. jika minda kita di set utk berhenti berharap secara automatic die akan terus terlupa dan hilang tanpa kite sedari.
 Tersedarnya aku dari lamuan. pandangan sayu ke syiling... sepi.. hanya ngauman sesayap kipas memecah arus. Satu persatu aku cuba mentafsir. Aku harus menyelamatkan hati ku sebelum hati kembali menanah dan meninggalkan kesan parut baru. Dia hanya seorang adik, aku perlu mematikan setiap perasaan yang mula bertapak dihati ini. Tiada gunanya untuk ku terus menyimpan hasrat jika ia hanya satu fantasi ciptaan ku sendri.
Aku redha dengan takdir ku. Aku merelakan pemergiannya. jika ini boleh kekalkan persahabatan kami.. akan ku ukir senyuman walaupun terlalu pahit. Aku harus meneruskan hidup. Ku berharap kisah lama tidak akan berulang lagi... akan ku hancurkan setiap perasaan ku demi perasaan dan hati ku utk masa hadapan.
Pepatah ada mengatakan :
lebih baik kite terima orang yang menyayangi kita dari kita menerima orang yang kita 
sayangi!
 

Muncul lah...

Wahai adik ku insan yang teramat kurindui.. hari ini hari yang kedua aku kehilangan jejak mu. Jiwa abg sentiasa resah memikir kamu disana. Setiap saat abg sentiasa menanti hadirnya khabar berita dari mu namun setiap saat itu juga abg hampa. Fikiran abg sentiasa menerawang memikir segala kemungkinan. Abg tahu salah abg kerana menabur baja kerinduan tanpa adik mengerti dan memahami isi hati abg tapi abg tidak mampu melawan kehendak perasaan hati abg. Pernah abg terfikir tidak ada penghujungnya perasaan ini tapi kasih dan sayang yang mula subur di pancar sinar rembulan abg terpaksa akur dengan ketentuan ilahi dan abg juga harus bersedia dengan dugaan yang bakal merobek hati kecil abg.
Dimana kah kamu hari ini? setiap saat abg tidak henti-henti memerhatikan screen telefon bimbit abg dan abg juga sentiasa peka agar abg tidak terlepas dari setiap panggilan masuk dari mu tapi penantian abg sehingga hari ini masih tidak menemui hasil nya. Adik.. muncul lah.. abg terlalu merindui kamu.
Wahai adik ku nun jauh di sana.. diamnya abg di sini, bukan lah bermakna abg terus mendiam kan diri, tapi diamnya abg dengan segumpal pemikiran dibenak dan hati kecil abg. Abg akur dengan kehendak hati abg dan abg terfikir hanya kamu yang mampu menggegarkan keegoan yang setelah lama berdiri Gah dlm diri abg. Abg sendiri tidak percaya dengan hati dan perasaan abg, dengan mu abg seperti dipukau dengan manja dan kasih. Abg terlalu rindukan manja mu, Abg terlalu rindukan rengekan mu abg juga terlalu rindukan amarah mu..

Muncul lah sayang...

Friday, 19 August 2011

malu melafazkan

19 Ramadhan..

Setelah sekian lama kami berhubung malalui fon. Hanya berstatus abg dan adik angkat. Egonyer saling x tumpah sepermana Ego aku suatu ketika dahulu. Melentingnya dan amarahnya aku ketepikan. Aku tidak tahu mengapa aku tidak pedulikan setiap amarah dan melentingnya.. aku tetap menyapa baik dengan penuh kasih sayang yang tiada brbelah bahagi.
Demi sayang kepada adik yang sedia maklum terjalinnya, secara kebetulan aku dipinta oleh akak ku utk membantunya. Aku sebagai adik ingin kan yang terbaik untuk keluarga ku dan aku pasti akan membatu walaupun ia memakan diri ku kembali. Dengan rezeki allah juga, aku diketemukan dengan nya. Janjinya agar ku tepati masa.. seperti yang dijanji kan aku tiba lebih 15 minit dari yg dijanji kan iaitu 8.15 am. Aku yakin dia mengerti mengenai perjalanan ku yang jauh dari manjung ke seri damansara. 

Aku tidak tahu, mengapa aku begitu tekad untuk bertemunya walaupun aku terpaksa keluar awal yang ketika itu orang lain masih diulik mimpi. Pabila kerata yang ku pandu memasuki perkarangan rumah kakak ku, aku pantas menghubunginya. Terkejut beliau dengan waktu yang ku turuti. Katanya perlukan masa untuk bersiap. Saat itu aku tidak kisah berapa lama masa yang ingin diambil nya asalkan janjinya untuk ketemuku ditunaikan.
hampir satu jam aku menanti. Aku mula gelisah. pesanan ringkas ku tidak mendapat sebarang respon, aku kuatir ianya hanya satu permainan dunia.
Aku bersyukur akhirnya dia tiba walaupun dengan penuh rungutan. Aku hanya tersenyum. Perasan ku melonjak bahagia org yang ku tunggu berada dihadapan ku. Kebetulan kakak ku masih di sekolah dan kebetulan juga abg ipar ku yang masih dalam tempoh cuti ingin menguruskan hal di bank. Masa yang ada tidak ku sia-sia kan bersamanya. 
Manjanya teramat membahagiakan aku. aku tidak menyangka manusia yang dihadapan ku ini yang mempunyai ego setinggi gunung rupa2nya terlalu manja. Hanya perkara penting yang kami bincangkan. Tiada gurauan kerna ku tahu beliau seorang yang teramat serius. Saat bersamanya aku merasakan jiwaku terlalu tenang dan bahagia. Aku juga tidak sanggup untuk berpisah dengannya namun waktu begitu mencemburui kami yang ketika itu beliau mempunyai urusan. Aku terpaksa merelakan pemergiannya walaupun saat itu aku tidak mampu untuk berpisah dengannnya.
Adik, abg ingin adik tahu yang perasaan abg ini bukan lagi menganggap kamu sebagai adik. Abg terlalu menyayangi kamu dik. Sekali lagi jiwa abg diragut yang sewaktu ketika dahulu pernah terjadi. Perasan dengan mu bukan lah seperti perasaan dengan org lain sebelum abg mengenali mu tetapi perasaan ini melebihi dari segalanya. perginya kamu meninggalkan abg saat itu, hanya titisan air mata yang menjadi penawar hati yang ketika itu tidak pernah merelakan pemergian mu. Titisan mutiara jernih ini juga menjadi peneman sehingga lelap abg. Malam ini abg kembali ke kampung halaman abg, saat ini abg telah meninggalkan kamu jauh. Namun jauh disudut hati abg, abg terlalu merindui kamu dik. kini jiwa dan perasaan abg sepenuhnya da pada kamu. jiwa abg kosong dik tanpa kamu, hati abg sayu merindui diri mu. Dalam sedar abg terpaksa menerima hakikat bahawa abg hanya mencipta harapan palsu. Namun percaya lah dik, perasaan dan hati abg masih mengharapkan kamu... Abg rela menanti kamu seratus tahun lagi demi kasih dan sayang yang mula tercipta ini. Maafkan abg dik kerana menaruh perasaan terhadap kamu.
Jika diberi peluang, itu yang ingin ku sampai kan padanya.. namun aku tidak mampu dan ku yakin beliau hanya menganggap ku sebagai abg dan kemungkinan besar telah ada peneman hidup.

Malam ini, pandangan ku kosong.... hati ini terlalu sayu.. lagi tersiksa pabila tiada sebarang respon pesanan ringkas ku.. jiwa ku meronta ingin mencari mu dan hidup disisi mu tapi akalku membatasinya! Adik abg teramat rindu kan kamu.. perasaan ini telah lama hilang tetapi kini muncul kembali setelah wujudnya kamu dihadapan abg! 

Saturday, 13 August 2011

Berbuka bersama..

Plan sebenarnyer nak shoping raya n berbuka sekali..
tapi disebabkan ade masalah yg x dpt nk elak..
nk x nak terpakse cancel shoping.. just berbuka je ngan kawan2
tapi terniat jugak nk shoping pas berbuka klo2 sempat..

Jam 5 aku menyusuri laluan Ipoh setelah selesai solat Asar. Alhamdulillah, aku sempat tunaikan kewajipan yang diamanahkan. Walaupun hari sabtu, jalan tetap sibuk dengan pemandu-pemandu yang teramat berhemah memandu sehinggakan perjalanan menjadi terlalu perlahan ditambah pula trafik light yang semakin banyak. Perjalanan yang dulunye hanya mengambil masa 45minit kini makan hampir 1 jam lebih hanya utk sampai ke batu gajah.. Arghhh nak tak nak, aku perlu tempuh walaupun tekanan melihat pemandu jalanan yang lain. 6.15pm aku  sampai betul dihadapan rumah kak cok, aku sangkakan hanya kak cok saja, rupa-rupanya adiknya juga ikut. Tak pe lah, ade juga bahan berborak. Selalunya adiknyer pemalu dan pendiam tapi hari ni, banyak pula mulutnya, sampai aku hilang segan..

Dengan jalan yang agak sibuk, perlahan-lahan menghala ke dataran. Kata kak cok ade yang sedang menanti disana. Urmm dataran kami lewati.. hanya sempat bertukar senyuman dan meneruskan perjalanan ke destinasi yang kami rancangkan.. Mujur ada GPS mamat tuh.. mudah skit untuk mencari.. urusan lagi mudah apabila kak cok awal-awal lagi dah menempah meja.. semuenyer sudah tersedia. sementara menanti yang lain sampai, meja yang kosong mula kami penuhkan dengan berbagai jenis steamboat.. Makan sampai terbalik bijik mata.. Aku mula mengerling jam di tangan.. dengan harapan sempat untuk shoping.. arghhh masih awal.. 8.30pm.. aku perhatikan semua hidangan masih banyak lagi ni.. Dalam fikiran aku mengatakan, insyallah sempat habiskan ni.. maklom la.. semuanyer perot naga.. sekali lagi aku perhatikan jam di tangan.. tepat pukul 9 mlm. arghhh mmg tidak sempat. akhirnya aku matikan hasrat aku untuk shoping mlm tu. Hampir 9.30, kami mula melangkah pulang setelah buat pembayaran.

Aku sedikit terkilan, memang la harga semuanyer mencecah ratusan ringgit. Duit yang dikumpulkan pun tidak cukup.. untuk mengelakkan rasa malu, aku tambah guna duit poket aku. Kak cok kata, nak pulangkan balik, sampai sekarang kak cok langsung tak sebut pasal duit tu... aku tidak tahu nak halalkan atau sebaliknya. aku pun bukan lah orang senang. sekadar nak makan pakai untuk diri sendiri tu lepas la.. Nak tak nak, aku terpaksa diam untuk mengelakkan hubungan persahabtan jadi taruhan padahal aku yang menanggung rugi...

Arghh shoping terpaksa dibatalkan dan ditunda esok. Aku terpaksa memandu jauh lagi untuk meneruskan hasrat shoping aku. aduhhh demi shoping aku sanggup.. jeng3

Tiba-tiba muncul seseorang.. umurnya muda setahun dari aku.. perghhh comei.. tapi syg.. dia hak milik orang. utk mengelakan die katahui yang aku mula terpaut hati, aku mula bermain kata dengan menasihatinya agar menjaga pasangannya.. susah untk aku terpaut hati. tapi pabila sekali aku terpaut, sayang, ianya hak milik org. Kadang aku tersedar yang aku tidak layak untuknya.. siapalah aku untuk mendampinginya sedangkan aku tidak sempurna dimatanya..