Suatu ketika dahulu, kehadiran ramadhan begitu bermakna dalam hidup ku tapi tidak lagi hari ini. Mungkin juga aku sudah mula meningkat dewasa. Fikiran ku mula menerawang mencari sesuatu yang aku tidak pernah pasti. Putaran kipas kamar meleka kan ku. Sorang demi sorang muka adik beradik ku bermain di kanta pandangan ku. Jauh benar terpisahnya keluarga ku menyambut ramadhan. Sayu hati ini mengenangkan kegembiraan suatu ketika dahulu.. Bermaknakah ramadhan kali ini buat kak yong? pasti kesedihan menyelubungi segenap perasaanya. Dia lah ibu dan dia juga lah ayah. Suami yang nun di perantauan mencari rezeki untuk sesuap nasi anak-anak yang semakin membesar. Aku yakin si kecil masih belum mampu untuk memahami erti kehidupan.Aku mengaharapkan Ramadhan kali ini penuh bermakna.. aku mengharapkan sinar ramadhan kali ini mampu menerangi hidup ku yang semakin kabur di telan kedewasaan.
Saturday, 30 July 2011
Ramadhan kembali lagi..
Cepat benar masa berlalu pergi meninggalkan waktu. Aku tetap disini.. mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Setiap saat, segala harapan yang ku bina mula melebur, satu demi satu harapan ku musnah, hilang ditelan zaman. Kini ramadhan kembali lagi.. kehadirannya ku sambut sayu. Tiada kegembiraan seperti mana tahun-tahun yang lalu. Masih bersinarkah ramadhan ku kali ini? atau akan terus malam sebagaimana malap dan kaburnya hidup ku.
Wednesday, 27 July 2011
mimpi...
seperti biasa.. tidur lewat dah mmg rutin hidup aku.. kadang aku sendiri tak perasaan waktu bila aku terlelap. Sebangun je dari tidur, aku termenung, kenapa aku mimpi beliau? rindu sangat ka pada Z sedangkan x sampai seminggu kami berpisah. Seingat aku, mimpi tu aku memanggil-manggil nama Z yang semakin menjauhkan diri dari aku. Apa petandanya? Aku blur.. ni la yang paling aku takutkan.. perpisahan.. arghhhh...
Tuhan masih menduga aku.. aku tidak tahu sampai bila dugaan ini akan terus membelenggu aku..
tapi org kata setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya..
Ya Allah.. KAU berilah aku kekuatan agar dapat ku harungi setiap dugaan MU..

Saturday, 23 July 2011
Mengharap..
Disini mengharap.. disana menanti..
Aku buntu dlm membuat pilihan.. walaupun disini aku tidak memberi harapan tapi jauh disudut hati ku mula lahir perasaan yang aku sendiri tidak pasti..
Disana aku memberi harapan.. harapan yang aku sendiri tidak duga. Ia hadir tika aku amat memerlukan teman di sisi. Semua ungkapan yg keluar dari mulut ku, aku sendiri masih ragu-ragu.. kehadirannya begitu pantas dengan memerlukan jawapan yang aku sendri tidak yakin. Aku tidak tahu bagaimana untuk ku terangkan kedudukannya yang sebenar. Mungkin beliau lebih dengan mereka yang lebih sempurna dari aku. Maafkan aku.. aku akan cuba cari waktu yang sesuai untuk terangkan kedudukan kita yang sebenar.
Kepada yang di sini.. aku hargai harapan mu pada ku.. tapi aku masih belum yakin.. perjalanan aku masih jauh... biar waktu menjawab segala persoalan kita..

Saturday, 16 July 2011
Dia milik siapa?
Hampir 3 bulan aku meninggalkan beliau. Sebelum perpisahan kami, kami antara kumpulan yg banyak terikat dengan jawatan. Tika itu, ada yg berkerut muka, ada cool tapi masalah penuh, ada yg langsung tak amik port, namun kami tetap rapat dengan beralaskan islam suci.
Akhirnya aku terima kenyataan yang aku terpaksa meninggalkan mereka walaupun hati ku berat. Berat meninggalkan teman-teman, berat juga meninggalkan raut wajah bersih yang sering menjadi penenang ku. Kulitnya yang merah kekuningan, sentiasa mengekalkan ciri keislaman walau sukar mcm mana sekali pun keadaan. Aku tidak pernah melafaskan dihadapannya namun teman-teman yang lain tahu akan isi hati ku. Mungkin juga beliau perasan. Aku hentikan segala harapan ku, ku pinggirkan isi hati ku kerana saat itu aku yakin beliau bukan milik ku.Aku bersyukur, walaupun hampir 3 bulan aku kehilangan khabar beritanya, akhirnya tertera namanya di screen telefon bimbit. Tika itu, aku dpt rasakan yg hatinya kesayuan. Suatu ketika dahulu, kami sering berkongsi gembira dan duka. Aku teliti mendengar setiap patah bicara nya. BAru ku tahu yang hati dilanda kesayuan. Lokasi ku yang jauh, aku hanya mampu beri kata-kata semangat. Aku paham benar perasaannnya, perlukan tempat untuk mengadu.
Mendengar suaranya tenggelam timbul, aku cuba mendengar sebaik mungkin supaya tidak alpa walaupun satu perkataan. Aku tidak rindu tapi aku kasihkan keayuan islamnya dan aku sayangkan keihlasan dan kelembutan hatinya.. Tidak mungkin aku dapat memilikinya!
Saturday, 2 July 2011
Berakhirnya sebuah persahabatan
Aku yakin suatu hari nanti pasti kebenaran terbukti jua. Sedalam-dalamnya aku befikir.. aku temui jalan buntu. Namun aku harus memilih satu jalan. Biarlah hari ini aku mengundurkan diri demi menjaga hati banyak pihak. Demi teman-teman, aku tidak kisah walau parut mula menghiasi hati ini. Terima kasih kepada beliau kerana mengakhiri dan membuatkan sebuah persahabatan tergadai.
Buat teman-teman.. maafkan aku kerana terpaksa menolak perlawaan kamu semua. Bukan niat untuk memusnahkan persahabatan kita tapi biarlah aku membawa diri. aku yakin suatu hari nanti kita akan bersatu lagi. waktu itu pasti segala persoalan dan kebenaran akan terjawab. Terima kasih kerana mewarnai hidup ku. Kenangan kegilaan kita pasti menjadi ingatan. Walaupun aku berjauhan dengan korang, tapi aku mengharapkan kejayaan korang smue. Hanya takdir menentukan..Aku kini menghitung hari. Satu kehidupan baru sedang menanti ketibaan ku. aku mengharapkan kebahagiaan terjamin disana. Sekali lagi aku akan meninggalkan teratak usang ini, juga raut wajah kedua orang tua ku. Aku harus bersedia utk memulakan langkahan baru. cabaran disana harus ku sediakan segala perisai. Semoga Allah sentiasa mengejutkan aku dari kealpaan dunia.
Subscribe to:
Comments (Atom)